Wednesday, June 23

Kau & Aku

Kisah kami bermula sebagai kawan saja..
tapi seterusnya menjadi fasa sahabat..
Bersahabat dengannya, aku berkongsi segalanya..
Cerita suka duka aku..
Tak pernah2 aku nak bercerita dengan orang..
Tapi dengannya, kami saling berkongsi..


Bak kata orang cinta itu buta, tapi aku suka memutar belit sikit..
Bukan cinta yang buta tapi orang yang bercinta itu yang buta..
Dengannya aku tempuhi ranjau hidup ini..
Dia sentiasa memberi aku semangat untuk berjuang..
Memberi kata2 semangat, bersabar demi aku...


fuhh~~~
dah banyak aku buat benda yang tak disukainya...
Ya ALLAH~~~
berubah la sikap kamO tu...
dah makin meningkat kot umur tue...
((MonOL0g dalam diri sendiri))



Ulat Bulu atau Ulat Buku

Ulat bulu atau Ulat buku...
Pilih sendiri mau jadi yang mana 1
Mau jadi si ulat bulu yang kalau terkena boleh membawa gatal seluruh badan...
ATAU
Si ulat buku yang sentiasa mengepit buku, mengendong buku ke mana-mana saja...
Tapi bukan hanya membawa saja, tanpa di baca langsung..
Mana dapat ilmu kalau macam tu..

Aku.... 
Mau jadi seorang muslim sejati
Mudah2an dipermudahkan
~AMIN~

Saturday, March 13

~Keringat ~ Kehidupan~

Melihat nelayan tua yang bergantung dengan hasil tangkapan yang tidak seberapa.
Namun inilah kerja yang mampu di buat oleh si nelayan tua ini.
Dari usia muda ke tua, menghabiskan masa dengan memukat.
Namun hasil yang diperolehi kini tidak seperti dahulu lagi.
Sungai yang arusnya mengalir tidak selaju dahulu.
Alirannya lemah, warnanya juga keruh..Sekeruh wajah si nelayan tua tersebut.



Terbitnya di ufuk timur, terbenamnya di ufuk barat.
Itulah lumrah dari masa lalu hingga ke akhir zaman.
Namun di akhir zaman, lumrahnya kebiasaannya bertukar..
Itulah saat yang digeruni oleh manusia.
Kehidupan sementara akan berakhir, dan akan muncul hidupan yang kekal abadi.

Saturday, January 30

Permulaan Hidupku yang Berwarna-warni




Warna-warna kehidupan yang penuh dengan warna-warni.
Umpama warna pelangi, munculnya selepas hujan.
Begitu juga dengan kehidupan kita, setelah kedukaan muncul kebahagiaan.
Tetapi terdapat juga kebahagian muncul terdahulu dan kemudiannya kedukaan.

Aku percaya setiap orang mempunyai kebahagiaan.
Namun terpulanglah pada sesorang itu samada mahu kedukaan dahulu atau kebahagiaan kemudian.
Bagi aku setiap insan berhak untuk merasakan kebahagiaan dan juga kedukaan.
Hidup kita tidak bermakna sekiranya tiada kedukaan.
Hidup kita juga tidak berwana-warni sekiranya hanya kebahagiaan sahaja.